Saturday, November 29, 2008

TAG.TEG.TIG.TOG.TUG.

1.what is your enthnicity?
# saya anak MALAYSIA..whoaa.

2.what are your interests outside of fashion?
# seni lukis.masak.makan.tido.

3.favorite musicians/bands:
# nahhh.xde.

4.favorite movies:
# MOVIE?? hahaha.DAH LAMA kot iwan xtengok movie.hui.hui.hui.

5.what do you plan to study? what do you plan to do for a career?
# study?career?masuk PERETAK 3 bulan.then apply masuk Maktab Perguruan Bahasa2 Antarabangsa.jadi cikgu je lah gamaknyer.ye murid2.hahaha.

6.how often do you shop?
# shop??JARANG.sebab xde duit.

7.do you have a job/work?
# nope.student.

8.how do you afford your clothes?
# tunggu Year End Sales(YES) laa.tak pun baju abang ada banyak.pakai jerr.

9.how do people react to how you dress?
# ntah.ketinggalan zaman??haha.tanya mereka lahh.

10.what are your summer plans?
# Summer???summer lovin.hahaha.ada family dayy.weehooo.

-----------------------------------------------------------------

1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
# Mama.Janatul.Johan.

2. YOUR MAIN RINGTONE?
# Mercy-duffy.

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
# baru nak tido.semalam pening kepala gila2..adoiii.

4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
# ummm.Mama.pergi sarapan.hahaha.

5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU'RE WEARING NOW?
# yellow.hahaha.

6. THE LAST THING U DID?
# makan.

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
# hp.wallet.cash..hahaha.

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
# putih saja.simple.

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
# hohoho.durian runtuh beb..ratus2..heee.

10. HOW'S LIFE?
# complicated.cacated.

11. YOUR FAVORITE CITY?
# ntah.

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
# haha.next weekend sama ada sambut hari jadi AMIRA.ataupun ready2 nak raya haji maa..

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
# pagi tadi.

14. WHERE IS SHE NOW?
# kerja.cari rezQi.

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
# hahaha.dah lama tak sembang.

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
# FARHAN.

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
# rumah je la.BANYAK duit kau nak sponser aku makan luar hari2?

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
# kematian.hahaha.terkejut la tu.cehh.xde lah.

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
# buku nota.hahaha

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
# err.no answer.

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
# dizzy.

23. WANNA SHARE WITH WHO?
# nahh.

24. WHO KNOWS UR SECRET?
# myself.

25. DO THEY KEEP UR SECRET?
# hahhaa.percayakan diri sendiri.

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
# nope.

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
# Mc Flurry.

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
# semalamm.adoii.sakit kepalaku..

30. NAME THREE PERSON THAT YOU LIKE TO TAG HERE.
# okay I TAG
SYAHANEZZ(sebab dia dah free skrg.hohoho)
Nazirah(dia busy abang dia kawen.sorry xdpt dtg.)
Safinah(kalau dia jenguk blog ku yang hina lagi biasa ini.haha)

ter'BUSY' pulaks

aiseyhh.
kebelakangan nie sudah busy lah pulak.
ada laa.
busy amik lesen.
belajar sikit2.tahun depan SPM beb.
main2 lah korang.hohoho.
tadi pergi kursus 5JAM.gilak arh lama.
BOSAN lagi.CINA ramai.
hahaha.
lepas nie kena study buku KPP.
ada ujian.kena lulus at least 42 kena betul dari 50 soalan.
SUSAH pulak tuh.
sebelum nie.dorang ada bg iwan cd.suruh buat latihan dulu kat rumah.
TAPi.semua yang iwan buat semua nyer GAGAL jer.
hahaha.dapat 62%.64%.paling tinggi 74%.tu pun gagal lagi tau.
dah la kalau GAGAL ujian tuh.nak amik ujian semula kena baya 40hengget.
MAHAL btol.exam SPM pun free skrg.hahaha..
WISH ME LUCK weyhh..hahaha
daa.CIOW.

wassalam~

Friday, November 28, 2008

SEDIH kot.

okay2.
dalam kegembiraan budak2 SPM sudah habis.
Iwan pun tumpang happy juga.
hehehe.tapi dalam happy2 tu.pikir2 blk.
SEDIH jugakkk.waaaa.
sebab?

1.Tahun depan IWAN pulaks SPM.blh bawak ke nie dengan AKAUN ku yg SUSAH bagai.

2.Ainaa Amani dah takde.AKU nak duty PS dgn saper weiii??selalu dorg nie la semangat iwan.klo dorg xde msti sunyi je PS tuh.sampai kena gossip lg kteorg 'rapat' sgt kot.
cikgu pun tegur.

3.Sya.Teri.Dana dah takde.So.nanti MSSD dgn MSSM dah tak meriah.Tak blh kacau korg.sembang2.gelak2.Teri pegi US lg.JAUH tuhh.

4.Nanti hari sukan pun dah xblh nak kacau team St.John..Tak ngam la dengan Oh Man Kit.Kalau Haris tu takat SK je nak buat hape.haha.

5.BAND MATAHARI kita pulak macam mana wei?? bila nak buat gig/konsert?bluek.

6.jadi SENIOR best ker??macam sama jer.

7.Senior mana PULAK nak ajar Iwan buat MATHS dengan AKAUN???

8.Nanti kelab/PS/BSMM/Rumah Sukan pun kena jaga dowh.GILAK arr.blh rasa kot tension nyer skrg nie.betapa BANYAK nyer hari akan SKIP kelas.

weii.sedih lahh!!.korang yang sporting2 dah takde.sob.sob.

Thursday, November 27, 2008

Nasuha?

ouh.
okay.
Nasuha tu bukan la taubat nasuha yang anda belajar dalam Islam tuh,
tapi Nasuha nie nama orang.
Nasuha nie kawan kepada abang Rizal(abang Ejay).
Dia ada telfon smlm.
jom kita recall blk perbualan kami smlm.

ring2.(telefon berbunyi dlm pukul 7.15 malam.)

Amira(adik) : Hello.
Nasuha : Hello.umm.Shahrizal ada?
Amira : diam sebentar..huh??Shahrizal?..diam lagi..
Iwan : Sapa Amira? Mak Su ker??
Amira : tak tau.dia kata nak carik abag Ejay.
Iwan : haishh.bak sini.tu la.SIBUK nak jawab telefon mcm budak besar.
Amira : biarlaa.
Iwan : Hello.nak carik siapa??
Nasuha : tak cam ke suara nie??Nasuha la nie.
Iwan: Nasuha??Sapa nie??Kawan Rizal erk??
Nasuha : Betul ker tak pernah dengar nama Nasuha?
Iwan : kejap2.kamu nak carik Rizal kan?? ini SHAHIZWAN la..adik diaa..
Iwan : Rizal dia xde.dia pegi belajar.
Nasuha : Belajar kat mana?
Iwan : Dia belajar kat US.kat New York.
Iwan : Nie Nasuha kawan dia yang mana nie?? SEMESTA ker?PLKN ker?UiTM?
Nasuha : SEMESTA.
Iwan : umm.dia pegi belajar.ada nak email dia tak.kot2 blh smbg dgn dia ker.
Nasuha : umm.boleh gak.
Iwan : pegi la amik kertas dengan pen.
Nasuha : kejap.

....Perbualan Terhenti seketika...

Nasuha : Hello?
Iwan : ye.ye.umm sudah??
Nasuha : Sudah.
Iwan : (dengan ingat2 lupa nyer.selamba jer bg email YM abg Ejay)...bla3.@yahoo.com.(email d rahsiakan huhu)
Iwan : cuba la add dia.smbg2 dgn dia.Dia lupa kot nak bgtau semua orang.
Nasuha : betul ker nie bukan Rizal?
Iwan : bukan....bukann..Suara je sama kot.
Nasuha : tu lah.Suara macam sama jerr..

.......Perbualan Tamat.......

Haihh.ini lah dia ragam manusia.dah nama pun adik beradik.mestila suara lebih kurang.cuma muka jer tak sama sangat sebab Iwan keCOMELan dia LEBIH sikit erk.Abang Ejay sikit jer.hahaha..

Lagi satu hal nyer.seorang blogger yang identiti nyer d rahsiakan.satu persatu terbongkar dan terlerai.RASANYA dia nie KAWAN abang RIZAL jugak laa.Sebab dia kata dia sekolah dekat RAUB.setahu Iwan.dekat RAUB ada 2 buah sekolah jer.Mana la tau kot2 dia sama sekolah dengan Abang Rizal walaupun tak kenal.anywy.tggu je la rspon dari dia.huhuhu.

PS/SEMESTA tu singkatan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah.HEBAT kan??Nama sekolah kita kalau gabung.bunyi ntah ape2 ntah.hahaha.cukup dengan SMKSP saja.yeahh.
SMKSP!!!

PSS/ntah2.Nasuha dengan bloggerz baru nie KAWAN tak.hahaha.mana la tau kan??satu kebetulan..

Wednesday, November 26, 2008

Sinopsis Konserto

tadaaa.
tiba lah nak tulis konserto.
Malam tadi tak sempat nak buat.
Sinopsis nie pun tulis sampai bab 7 jer.
lagi 7 bab esok lah kot.(14 bab)
PANJANG sangat la.tak nak ler timbulkan kebosanan.
hahaha.da salah satu taktik untuk anda terus kunjungi blog iwan.
hohoho.

Bab 1
Hilmi datang ke rumah Datuk Johari,bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.Hayati menerima Hilmi dengan penuh hairan.Datin Salmah yang tidak senang hati kerana Hilmi orang kampung yang miskin.Kedatangan Hilmi dianggap memalukan keluarganya.Datuk Joharai gagal mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi kerana hanya lulus darjah 4 Sekolah Melayu.Datuk Johari menyuruh Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya.Hilmi gembira menerima tugas itu.Kerjanya membersihkan pokok.menjaga orkid.landskap.Melalui Pak Amat,Hilmi tahu bahawa hayati sudah bertunang dengan Mohsin.

Bab 2
Sudah seminggu lebih Hilmi bekerja.Datuk Johari dapat melihat kemahiran artistik yang dimiliki oleh Hilmi semasa menyusun pokok2 bunga.Datin memarahi Hilmi kerana mengambil tanah hitam kepunyaan Dr.Nathan.Datuk Johari beruntung kerana mendapat seorang tukang kebun yang amat rajin dan berkebolehan.Dalam masa itu,Hilmi juga amat menyukai bunyi piano yang sering dimainkan oleh Hayati.Ketika kawan Datin Salmah datang untuk bergossip,Kawannya memuji kebun bunga yang sangat lawa di laman rumah.Akan tetapi.Datin Salmah hanya menyebut Hilmi sebagai orang kampung dan bukannya sebagai anak saudara Datuk Johari.

Bab 3
Perkarangan rumah Datuk Johari menhadi indah dan menarik perhatian.Hilmi memelihara ayam dan sekali sekala ayam peluharaan itu disembelih dibuat lauk.Hasil tanaman sayur pula Datin Salmah meberikannya kepada kawan2 segossipnya.

Bab 4
Tugas Hilmi pula bertambah kerana seorang pembantu rumah berhenti kerja.Ketika tiada sesiapa dirumah.Hilmi amat tertarik untuk mendekati piano itu.Hilmi pun bermain piano itu dengan gembira.Mak Minah memekik,Hilmi terperanjat dan mukanya pucat lesi keran takut.Mak Minah takut dimarahi oeh Datin Salmah.Datin Salmah pulang membawa pokok bunga dari Jepun untuk diberi kepada Hilmi.Hilmi masih berasa risau.Datin meminta Hayati memainkan lagu Blue Danube untuk deprdengarkan oleh auntie dan unclenya.Hayati mula bermain tetapi bunyinya sumbang seperti seseorang telah menggunakan piano itu.Datuk Johari memaafkan Hilmi dengan syarat gajinya akan dipotong.Datuk Johari sekeluarga pergi bercuti selama sebulan.Mak Minah dan Pak Amat pula pulang ke kampung.Hilmi pula akan tinggal seorang di rumah itu.

Bab 5
Dr.Nathan mepelawa Hilmi kerumahnya.Hilmi dapat mengenali Mamat di situ.Hilmi mula melakukan tugasnya dengan mengemas rumah dan dia sekali sekala bermain piano Hayati.Mamat memuji Hilmi kerana boleh bermain piano TANPA mempelajarinya.Hilmi dibawa kepada Encik Bakar seorang ahli muzik.Dia diminta bermain organ.Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi secara percuma.Hilmi bertekad untuk belajar bersungguh2.

Bab 6
Hilmi tiba dirumah menjelang senja.Dia gembira kerana telah belajar banyak perkara.Hilmi bimbang kerana kepulangan Pak Ciknya menyebabkan dia tidak boleh lagi belajar muzik.Datuk Johari sekeluarga tiba dirumah ketika Hilmi asyik bermain piano.Hayati terpegun melihat Hilmi bermain.Hilmi mengundur diri perlahan2 kerana takut.Hayati keblik Hilmi untk memberikan hadiah yang istimewa yang dibeli semasa bercuti.Datuk dan datin berasa bimbang akan perubahan sikap Hayati.

Bab 7
Mohsin berasa kecil hati kerana kepulangannnya tidak diberitahu.Mohsin singgah dirumah Hayati dan melihat Hayati dan Hilmi sangat mesra.Hayati meberikan oleh2 kepada Mohsin.Datin Salmah pula bertekad untuk menyingkirkan Hilmi dari rumahnya.Selurh keluarga dan Mohsin berasa hairan dengan perubahan sikap Hayati.Mak Minah pulang bekerja pada petang itu.Mak Minah mebawa emping dan dodol durian untuk Hayati.Hayati pula menghadiahkan seutas jam tangan Swiss kepada Mak Minah.

Persoalannya.Apakah yang terjadi kepada Hilmi?adakah Hilmi akan terus bermain muzik?Berjayakah Datin mengusir Hilmi?jeng.jeng.jeng.


AKAN BERSAMBUNG.....

Tuesday, November 25, 2008

Habis sudah.

Alhamdulillah.
berkat cuti2 yang bosan nie.
Khatam jugak Iwan baca al-Quran buku Konserto Terakhir dengan The Pearl.
haihh.
actually da 3 hari habis.hohoho.
THANK GOD.AT LAST.ada jugak novel yang best dibaca selepas Meniti Kaca(form 1).
Pasir Salak.Panas Salju.Bukit Kepong.SEMUA TAK BEST..
ingat nak buat entri sinopsis pasal Konserto dan The Pearl.Tapi nanti lah.
blog nie ada pembelajaran jugak tauk!.
hehehe.
So korang2 yang belom baca or MALAS nak baca.
copy jer sinopsis yang akan di post esok atau malam nie.
korang baca lah.senang je.best lagik.

PS/bloggerz baru tu lagi SENANG low profile.adehh.susah la macam nie ABANG oii.

Monday, November 24, 2008

tak kenal maka tak tahu lah.

haaa.
sejak baru2 nie ada kelainan SIKIT.
ruangan GOSPEN ku semakin tak laku(mana korg weyh)
tapi ruangan respon kt blog niyh.
ada la 2-3 bloggerz yang TAK BERAPA nak kenal komen kt sini.
IKOT musim gamak nyer.hahaha.

hmmm.
sejak 2-3 hari lepas nie.
Iwan terjumpa lah 2-3 blog baru.
Iwan pun bukan kena sangat mereka2 nie.
hohoho.
sesuki je main komen blog diaorg.
tapi diaorang sporting.
diaorang komen balik.siap link kan blog iwan skali.
trima qaseh.weee.
TAPI.kitaorang saling bertukar cmmnt macam DAH LAMA kenal.
walhal TAK KENAL pun.hahaha.
bukan la PELIK sangat.tapi diaorang nie low profile gilak.
sorang tu da tau nama.
TAPI,tak de info lengkap.tggl mana.umur.yang pasti dia nie tinggal kat Terengganu(kot).baru dapat tahu secara tak langsung tadi.

Lagi sorang pulaks.
entah ler.
1 info pun tak tahu.
nama UNIK seyh.
laki kah?
perempuan kah??
tinggal mana.
umur.
SEMUA tak tahu.
hohoho.
HEBAT.

yang lagi 1 nie.
blog TANGGA tau.
diorang design barang2 pakai main conteng jer.
xde print2 nyer.
cuba lah usha
mana tahu.kot2 korang berminat jugaks.
dah letak link TANGGA kat ruangan TEMAN.klik situ.
(tak reti la nak letak link org kat sini.SAYA baru belajar erk.BUTA IT jugak iwan niyh.so sorry)

SO.bagi sesiapa yang terasa akan entri kali niyh.
rajin2 la post entri pasal biodata diri tu sikit.
baru la kenal dan sng mau brkawan aite?
hehehe.
CIOW~

wassalam~

Lompat tali

hooo.
baru sekarang teringat depan PC nak post pasal jumping rope or lompat tali.
Iwan sebenar nyer minat jugak la lepas tengok satu cerita Jump In..best pulaks cerita tuh.
Jumping rope nie dalam satu kumpulan ada la dalam 3-4 orang.2 orang akan pegang tali tuh.
dan lagi 2 orang akan buat aksi semasa tali tu tengah dipusingkan(kot).Tali tu pakai tali skipping je..tapi kena ada sepasang la baru best dan menarik.
Tapi artis luar negara banyak talent kan.pandai menari macam HSM 123.Jump In nie pandai lompat tali.then break dance la..ape laa.Kalau artis Malaysia.ehem.ehemm..pandai la judge sendiri.

Hari tu pun ada keluar berita pasal lompat tali dekat Malaysia pun ada jugak.tapi tak popular mana pun.
Tapi tak sangka la.kat Malaysia pun ada jugak.hehehe

Alah.dulu kita pun pernah main jugak lompat tali niyh.Cuma kita pakai getah ikat makanan tu dan sambungkan sampai jadi panjang.tapi kita pakai 1 tali jer.pastu ada la game dia.kena lompat la."lagu dia rumah terbakar panggil bomba.bomba datang berlumba2."..lebih kuranh arr.jangan buat2 lupa erk.hohoho.

nie ada video lompat tali.BEST.




Sunday, November 23, 2008

Fofular..

hahaha.
ye.ye.saya tau saya fofular.
tapi bukan popualr di kalangan dunia hiburan.
fofular kat pasar pagi jer.
hahaha.
al kesah nyer begini.

Setiap pagi Ahad.
Anak yang soleh ini.
akan pergi la ke pasar Sg Wei setiap Ahad.
pergi sana.
Iwan singgah la kat kedai2 yang biasa.
kedai tu memang sibuk lah tiap2 hari.
mesti ramai orang dan iwan kena bersesak-sesak.
sebab ikan2 nyer fresh maa.murah lagi~
Tapi hari nie.Iwan lambat sket.
tertido.hehe.So,datang sana ada space la jugak nak memilih ikan.
yang lawak and membuatkan diriku popular ala2 diva ikan gitu.
Iwan baru je nak tanya harga udang.belum sempat nak tanya.terus dia kata
"dik..udang yang ini RM15.30.yang ini RM17.00."
"ikan kembung pun fresh lagi.sekilo 10ringgit."
hahaha...
Iwan pun tergelak tiba2 nyer.
dah di COP muka ku sebagai pembeli tetap udang dan ikan kembung.
auntie tu pun gelak sama.huhuhu.
Adehh.
auntie2.
thx la sebab ingat muka ku yang comel nie sebagai pembeli tetap di sana.
hahaha.
Walaupun tak popular dalam dunia hiburan,
fofular kat pasar pagi pun okay laa.

PS/hari nie tak ber'dating' pulak dengan mak Johan.Minggu lepas terserempak dengan mak Johan.hehehe.Nampak sikit kerajinan di mata MAK JOHAN.
hahaha.

Semua dah tahu

haaah.
ye.ye.
agak ketinggalan blog niyh..
ye la.semua tengah bercerita pasal MJ masuk Islam.
blog iwan je yang belum ada lagi.hahaha.
tapi blog iwan kot yang 'post' dalam bahasa Melayu.
huhuhu.

okay.
tulis simple je lah.
MJ da masuk Islam
nama dia Mikaeel..
okay la.sebab hampir dekat dengan Michael(sebut dalam BAKU)
ada bunyik macam Mikaeel sikit kan??
hahaha

tapi tu lah,
Alhamdulillah lah.
Artis Barat masuk ISLAM beb.
jangan hangat2 TAIK ayam sudah lah.
masuk Islam.lepas tu.keluar balik.
Harap juga artis2 BARAT lain masuk Islam juga.
So.nanti video klip takde la SEKSI sangat.
hahaha..
Islam tu best sebenar nyer.
huhuhu.
da lah.

Wassalam~

Saturday, November 22, 2008

Sweet 16teen juga.Kawen.Khatan

HAPPY BIRTHDAY JOHAN.
HUUUUU.
hooo.
dah besar juga dia.
hmmm.
dia nie special sikit.
nak tau special dia ape??
hahaha
tengok gmbr nie.
tapi yang pasti dia TAK terencat.
hahaha





ouh.
hari ni juga kawan baek ku PUNYA KAKAK nak kawen.
tapi sayang.
dai kat Johor.
so xboleh la datang.
anywy.TAHNIAH rafii.
dah ada ABANG IPAR.
huuu.


hari jugaks.
ada kawan Azlan berkhatan.
ye la.cuti2 nie.
berkhatan ler.
hehehe

Friday, November 21, 2008

TAGGIE Maggie..

haaaa.blog ku sekarang nie.ataupun Iwan sendiri yang jadi 'mangsa' TAG!
hahaha.asyik post fasal TAG jer.takpe2.nanti ada cerita baru.TAG dulu.hehehe.



1. What’s your most favourite colour?

Blue.

2. Who is the most important to you?

Myself.Familiess

3. How often do you think of commiting suicide?

hmmm.sekali je lah..hahha.xdapat masuk teknik.ggrrr.

4. Do you think you have enough confidence?

SOMETIMES.tapi selalu nyer tidak.kah3.

5. What is your FUTURE planning?(my questions)

hmmm.after SPM.masuk PERETAK lah.kalau ayah bagi.

6. Spouse, family, friend. If one of them drop into a river, and you can only save one of them, who would you save?

hmmm.family lahh.friend and spouse merata-rata boleh carik.hahaha

7. What do you think about yourself?

talkative.gossip'ing'.polite.cute.(hahaha)

8. Do you believe in eternity love?

yupp.

9. Do you think that the person who tagged you likes to play kidnapping?

nahhh.

10. What are you really afraid of?

babi.babi.babi.babi.hahahaha.

11. What is your bad habit?

Suka kacau orang..cakap banyak2(org xnak dgr pun cakap jer)

12. Where’s your favourite place?

jom tido.

13. Do you cherish every single friendship of yours?

yeah.

14. What does flying mean to you?

freedom.wuhuuuu

15. What do you crave for most currently?

buat masa sekarang niyh.duit lah.dan selamanya.hahaha

16. Are you single/relationship?

single x)

17. Describe the person who tagged you in 7 words.

banyak cakap lah.baek juga.nakal pun ada.pelakon yang sempurna.kurang adab SIKIT.
pandai jugaks.pemalas.hahaha.ambik kau.semua ada.'damn nice'

18. How do you spend your time when it rains outside?

tido sudah.

19. What turns you on?

dontaskme.

20. What are you proud of the most about yourself?

saya berbudi bahasa.hahaha.diperakui oleh guru2 SMKSP.heee..



OK done!

Instructions: Remove one question from above and add in your personal question. Make a total of 20 questions and tag 5 people. List them out at the end of the post. Notify them in their cbox that they’ve been tagged. Whoever does the tag will have blessings from all.

I TAG.
Shahrizal(hahaha.buat lagi)
Nazirah(kena lagi)
Yasmine(BANYAK tag dia kena buat juga)take ur time lah.
Syahaneez(fav blog utk TAG,huhu)
Danavee(lama dia takde post baru.PEMALAS!.hahaa)

Wednesday, November 19, 2008

Penat dan Malu

haihh.
cuti2 nie ingatkan xde la kena jenguk sekolah.
tapi datang jugak lah PS.banyak pulak keja.aiyooo.
macam2 ceriat berlaku tadi.hahaha

Masa Datang.
jalan kaki.sebab mak tido lagi.baru habis keja malam.
tengah penat2 tuh.singgah la kat bus stop nak melepaskan lelah.
sekali ada kotak kat tepi tuh.ingatkan ada la anak kucing terbiar ke ape ker.
sekali ANAK ANJING terbiar daa.terkezut aku.
nasib baek tak dikejor.hahaha.fuhhh.

Masa Sampai.
terus la masuk PS.tengok2 PS kosong.semua ada kt APD.
aku terjah lah APD.
aku hengat Akak dengan Fatihah je datang.
Sekali dengan muka tak malu aku bagi Salam.
kedebomm.bukan dorang yang terkejut.aku yang terkejut.
SEMUA ada.Mr Ong.Pn Chua.Pn Mastura.Pn Yee.Akak Myza.
haihh.malu aku.datang lambat Pn CHua kata.hek elehh.
aku datang pun dah cukup BAGUS.

Time Keja.
lagi lah.semua asyik geeeelakkk ajer.tak berhenti.usik2 khazanah lama kat bilik BBB.
macam ada.boleh buat MUZIUM.dari RADIO zaman P Ramlee pun ada.TAPE zaman NENEK aku pun ada.OHP zaman MAK aku pun ada!..semua buat barang mainan.hahaha.pada hal semua tu nak hapus kira.
aku ingat senang hapus kira harta kerajaan nie.pakai buang je la.rupannya ada proses.haihhh.MENYUSAHKAN betul.dulu main buang elok jer.huhuhu.
Ada la masa keja tu.NAK DUDUK.tak tau la kerusi tu dah patah.tapi nmpk cam elok.
Aku duduk la.sekali.kedebamm!!!..aku terjatuh macam durian fresh daa.hahaha.ketawa berdekah-dekah budak2 tu.
NAZIRAH punya hal la nie.dia tau dulu kerusi tu tak elok.LETAK jauh2 ler.grrr!
siap ko! Tahun depan aku seksi seksa kau.hahahaha.ambik kau!

Keja Lebih Masa.
tengok.datang lambat aku pun.BALIK pun LAMBAT tau.dorang datang pukul 9.balik pukul 1.aku datang pukul 10.balik pukul 5..haaa.hebat tak hebat.hahaha.

Time Makan.

Yang lain semua makan Nasi Ayam.ingat nak makan jugak.tapi AYAM nya sudah habis.
adess.order la Nasi Goreng.tapi lambat.hahaha.lambat2 pun.aku yang habis dulu.
kakakaka.malu aku.kebulur pulak aku time tuh.hehehe.Nasi goreng nyer pun sikit pulak.
tapi MAHAL..ggrrr.


Proses Buku Baru.

grrr.Banyak buku Cina pulak tu.mana aku dengan akak paham.hahaa.Novel Cinta Baha Inggeris lepas pulak Pn Chua beli.selalu buku cinta2 nie susah ya AMAT nak bawak masuk sekolah.ye la.kecik lagiyh.Akak tolong masuk dalam Buku perolehan.Aku tolong cop.tampal and semua2 lah.dah siap.akak pun check laa.betul ke tak.dah 4 TAHUN aku jadi.ada salah jugak.hahaha.Akak perli aku."ko nie Pengerusi ape tahun depan.ko jadi Pelatih balik lah..hahaha"tapi yang aku belajar dari senior.itu la yang aku curahkan kat buku tuh.macam mana boleh salah??Senior yang ajar aku la nie..haishh.

Time Balik.
Hujan lebat wooo.mak pulak tido nak keja malam nie.isk3.So.Mak Ainaa Amani ajak tumpang.weee.Kak Ita pun boleh tolong hantarkan.hahaha.Akak Myza pulak nak sponsor naik teksi.kakaka.MURAH pulak rezQi aku nak balik niyh! ramai betul offer antar aku balik.hehehe.tu la.berkat jadi orang baik.hehehe.Lastly.tumpang Ainaa Amani.thx weyhh.susah2 jerk.

Rumah.
Baby tepon aku.apahal pulak dia nie.tetiba.rupanya.dia pun nak bercerita.aku dengar je la.best juga cerita dia.sedap sikit halwa telinga aku mendengar nyer.

Wassalam~

Tuesday, November 18, 2008

TAG lagi

okay.ini dia.haiiyakkk!

1) Do you think you’re hot ?
ouh.mesti.VOUGE lagi.hahhaa.NO!

2) Upload your favourite picture of you!



3) Why do you like that picture ?
ntah.SMILEY face.hahaha

4) When was the last time you ate pizza ?
hummm.Sharon Bday party.lama tuh.

5) The last song you listen to ?
lovebug-jonas brothers

6) What are you doing right now besides this ?
Myspace.Friendster.Ym..balh.

7) What name would you prefer besides yours ?
humm.suka nama sendiri saja.

People to Tag ( i dont care if youve been tagged! )
1. Safinahh
2. Shahrizal(dia cam tak tau TAG nie hape.haha)
3. Nordin(kalau dia visit my blog)
4. Shaskia(dia pun tak tahu.huhu)
5. Nazirah(hutang aku dua TAG.)
6. G-Man( kawan abang.hahaha.
PS/SUKA SANGAT TAG ORANG.kakaka

8) Who is number one ?
friends

9) Number three is having a relationship with ?
ummm.idk her REAL name.WADA kot.I GUESS>

10) Say something about number five ?
AMIR

11) How about number four ?
braces.

12) Who is number two ?
Abang lahh.

Monday, November 17, 2008

Maju sikit.

yeah.
Iwan dapati blog nie sebenar nyer ada 2 jenis.
Semua bergantung pada bloggerz nyer.
jenis 1:dianggap blog spt diari untuk memaparkan cerita yang berlaku dalam hidup mereka.
jenis 2:bloggerz ini menulis pasal perkembangan semasa.hiburan ke.ekonomi ker.politik ker.dan sebagainya,

Saya jenis yang ke 3.hahaha,iaitu dua-dua pun ada.hahaha.
ingat setiap minggu nak selitakn sedikit pasal info2 semasa lah yang korang tahu ataupun tak tahu.hehehe.langkah yang drastik ini saya ambil semasa saya AMAT lah bosan.
hehehe.So.info ria pertama.pasal KHANAZ..siapa itu Khanaz?baca lah..


Cerita Syaitan Khanaz dengan Manusia


Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal
putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cara nak kacau anak Adam dari patuh dengan
suruhan Allah.

Suatu hari si Ibu Syaitan nie tengah dok pikir "Macam mana aku nak kena kan anak cucu Adam"..dan tiba2
dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...".

Lalu dia pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan
rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah
di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."

Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"

Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?",
Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini."
Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." ...
"Apa harus kita lakukan sekarang..?"
tanya Hawa pada Adam.

Setelah lama pikir-pikir."Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 dagingnya
di pokok luar rumah kita.Nanti bila Ibu nya datang biar dia Nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."
Idea Adam.

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja,
"Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,

Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah mereka lakukan terhadap anak syaitan
"Anak kamu.....,,...Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ....lalu sudah
kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."
terang Hawa.

"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian

Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz.....!!!" Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan
di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali.....dan Ibu Syaitan masih
tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa
kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ...abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya
tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..."
terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. kemudian
di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hingga hari kiamat.
Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa saja aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTIGFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir..

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengok bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was. Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Sunday, November 16, 2008

Brownies

hehehe.
umm.yummy.
sedap kan brownies.
first time rasa kt rumah Aziem arr.
sedap gilak brownies dia.
so.sebab rindu dengan brownies.
try la buat kat rumah JUmaat lepas.
mula2 TAK NAK tulis kat blog nie.sebab tak sedap.
tapi.jeng.jeng.jeng.
Keesokan harinya sedap weii.
Iwan tak tau pulak benda tu kena simpan semalaman dulu.
baru la sedap.mmg sedap arhh.
tapi agak MANIS arr.terlebih gula.hehehe.

resipi ikot internet jerh.xde reka2 sendiri.try search "basic brownies"
mula2 masa bakar bau dia.alahaii...mengancam.
bila dah masak.fuhh! asal BURUK sangat.hahaha.
bila dah sejuk nak tuang atas tray pun tak nak turun.
sebab tak alas dengan cooking paper.hehehe.
mula2 rasa macam liat tau.susah gilak nak makan.
then lepas mama balik.Mama kata.
"pebenda yang dalam peti ais tuh.sedap pulak.resipi ape wan?"
"hahaha resipi brownies lah.ala2 kek jugak.tapi liat la Ma.ingat nak buang je la.nti ayah mara"
"buat ape nak buang.benda boleh makan.sorok la sikit"


So.simpan la dalam bekas.esok pagi tu lapar la.yang ada brownie tu je la.
Makan.makan.makan.dah habis 1 bekas.tinggal 1 bekas lagi.hahaha.simpan untuk mama.
Memang esoknyer dah hanis lah brownies tuh.ingat Isnin nak buat lagi.
hehehe.mintak2 sedap and bertambah menjadi laa.

Wassalam~

Saturday, November 15, 2008

TAG

The person who tagged you is ?
hohoho.YASMINE

Your relationship with her/him is ?
BEST friends.

Your five impressions of her/him ?
emo.smart.great debater.cute.wearing spec.hahaha

The most memorable thing she/he had done for you ?
mmmm.rasa my muffins n cake.

The most memorable thing she/her had ever said to you ?
puji la my cake n muffins.hahaha

If she/he become your lover you will ?
ummm.dontaskme.

If she/he become your lover, a thing she/he has to improve on will be ?
ntah.

If she/he become your enemy, you will ?
okay.

If she/he become your enemy, the reason will be ?
kalah debate dgn dia.hahaha

The most desired thing you want to do for her/him now is ?
ntah lah.

Your overall impression of her/him is ?
cakap banyak2.

How do you think people around you feel about you ?
dontaskme..

The character you love of yourself is ?
err..melawak.kakakaka

On the contrary, the character you hate of yourself is ?
gossip.cehhh!

The most ideal person you want to be is ?
haishh.let me think first.hahaha

To people that care about and likes you, say something.
ouh.thx.hahaha

I TAG:
SHAHRIZAL.
SYAHANEEZ.
SAFINAH.
NAZIRAH.

Friday, November 14, 2008

Berita Baek

weeee.
gaaaaa.
result tassaur da keluar.
hehehe.
Iwan dapat 48%.
fuyoo hebat.
okay2.Iwan tau 48/100 tu sikit.
TAPI yeee.
ingat! Iwan TAK BACA langsung buku okay.
TAK USIK pun.ada masa selak sikit2 jer.
keputusan LULUS tau.
heee,
so nampak gaya tambah la subjek SPM taon depan.
Tasaur Islam.hehehehe

Thursday, November 13, 2008

Majalah Sekolah

ouh.
tadi last day sekolah.
Kelas art kena datang
4A/B/C/D.
yang datang kelas 4B jerr.
tu pun 8 orang.hahaha.
rajin.rajin.
um.banyak amik gambar tadi.
pakai kamera Haris.
So.Haris tu paham2 arr.
berzaman nak tunggu dia upload.
hehehe.

ada 5 orang cikgu baru dan tetap datang SMKSP.
Mr Ong suruh ajar diaorg buat keja Pusat Sumber sikit.
So Iwan la kena ajar.AGAK malu arr.
umm.cikgu tu ajar Scn dengan Maths kot.
1 cikgu laki Melayu.1 cikgu perempuan Cina.3 cikgu perempuan Melayu.

tadi cikgu2 and budak form5 dapat majalah.Pinjam majalah cikgu.hehehe
haaa.layout lawa.tapi ada layout lain LAGI LAWA kot.
yang ada jalur2 tuh.
design by HAMID.
ada satu persaraan Pn Jeswant kot.perlu ke nak type kat bawah tu DESIGN BY HAMID jugak?
macam nak popular lebih jer.
this year Dana ketua editor.
macam biasa laa. Interact Club dengan St John Ambulance 1 page seyhh.
yang lain semua kena kongsi including BSMM.mana ADIL!! hahaha
macam ketara gila kot.Last sekali Interact 1 page.then sebelah dia St John 1 page.
ggrrrr.
itu takpe la.next year boleh BSMM punya turn pulak.hahaha.
yang PALING aku marah.SELOKA 4B asal takde???atau aku yang tak perasan?
rasanya TAKDE.takkan terselit kat tempat lain.haihh.angin jerr.haishhh!
camne buat keja nie??hehehe.(sorry member ed-board)
umm.tadi main selak jerr.tak banyak warna jerkk.hitam putih banyak.
pastu ada orang kata "Diaorang TAKDE BAJET/TAKDE DUIT."
bukan aku kata eyhh.orang lain yang cakap.heee.
betul kah??tak dapat sponsor kah??
ye la kot.da banyak kot mintak sponsor.untuk Walkathon lagi.Majalah lagi.
banyak kot mintak sponsor.
isk3.
tahun depan mintak2 lah Iwan dapat jadi ed-board.
boleh selitkan 1 PAGE laporan BSMM.hahaha.
aku balas!
huuuuu.

Wassalam~

Tuesday, November 11, 2008

Melawat.

heyyy.
hari nie plan melawat Ustazah kat hospital jadi.
heee.


Pagi Selasa
bangun pagi.sttle semua benda.then kena pergi carik sarapan.
haihh.Mama kata nak buatkan.takde punn.xsempat kot.hmm.xper.
Memang tujuan nak pergi pasar pun.beli sarapan semua.cari la pembalut hamper.
nak balut buah tangann untuk Ustazah.

Tengahari
leka Iwan dengan Amira tengok HSM 3..tapi.Warna dia tak lawa laaa.
xsuka.xsuka.xsuka!.Sambil2 tuh.balut buah tangan.
bagi Epal 4 biji.Pear 3 Biji.1 kotak biskut.
Punya tension n pening nak membalut nyer.dah la bakul nyer kecik.
pusing sana.tampal sini.akhirnya jadilah satu buah tangan yang lawa macam nak buat hantaran gitu.hehehhe.ouh ye.diselitkan juga kad buatan SHAHIZWAN..peeewit.lawaa.hahaha(sorry la puji diri sendiri.xde sapa nak pujikan.haha)

Melawat Time
Sebelum sampai tu risau la sebab waktu melawat tak kena dengan time kitaorang datang.
tapi kitaorang main redah jer..xde sapa marah n halang pun.hehehe.
Ustazah citer tu memang ngeri laa.sempat jugak tengok gambar jari Ustazah tu..eeeee.
memang geli n ngeri la.dah hitam dah jari sebab dah mati kan.
Mula2 doktor tu sambung jari Ustazah.nak tengok boleh hidup ke tak.then hari Ahad tu da takde harapan.Terpaksa la potong balik jari tuh sebab sel2 dia dah mati kan.
sebab jiran Ustazah tu tak letak dalam ais.letak pakai tisu je kan.ye la.orang tengah panik.Jiran ustazah pun fikir nyawa UStazah jer.jari tu lain cerita.ye la.darah memancut tak berhenti keluar.Panik la kan.tapi memang ramai la yang sudah lawat Ustzah.Iwan.Johan.Haris.Liyana.Mynn.Azaa.Baby.Nabila wakil kumpulan 4B/4C melawat Ustazah.Next year Ustzah jadi ketua panitia Tassaur.so tak tau lagi tahun depan Ustazah ajar ke tak kelas kami lagi.hummm.tapi Ustzah memang rindu la nak balik SMKSP.heeee.


Wassalam~

PS/well semua yang Iwan rancang.semuanya menjadi.walaupun time tu ada lari sikit.hehehe.tengok la sapa yang rancang.hebat tak??semua Iwan rancang..semuanya berjalan dengan lancar.walaupun ada masalah.hehehe

Monday, November 10, 2008

haihh.keputusan JATUH,

nie aku tensen nie.
keputusan final teruk gilak.
1A jer. 2 paper GAGAL!
tau2 je la paper aper kan.
humm.
kalau la aku boleh drop MATHS.
dah lama aku drop.
ganti dengan tassaur.
hahaha.
tapi tak boleh.
memang sedih arr tengok result.
tapi kedudukan dalam kelas tempat ke3.
kakakka.lawak betul.kelas tak hebat sangat boleh la top 10.
jumlah markah semua 430/900.jauh beza lagi.
tahun depan nak SPM.
kalau lah sijil SPM aku tuh keluar macam final nie.
malu aku!
semua ada ABCDEG..adess.
tahun depan nak drop akaun ganti dengan tassaur ker.
amik subjek tassaur jadikan 10 subjek?
korang rasa macam mana??

result nie pun belum tunjuk dengan mak ayah lagi.
kalau mama tengok confirm tak marah punya.mengeluh jer.
"kenapa nie maths kau teruk sangat..bla.bla.bla."
kalau tunjuk dengan ayah.
jeng.jeng.jeng.
kena marah arr.kena bantai.ceramah free.
semua dapat PAKEJ!
ingat malam nie baru nak tunjuk..
aieee.takutnyer...aku lari rumah kang!
hahaha.

result mid year lagi hebat dari final.
haishhhh..macam mana nie???
aku nak jadi ape besar nanti nie???

Saturday, November 8, 2008

cerita lama.EMBAH~

haihh.
entri nie 'KHAS' untuk abang rizal yang sedang merantau n tak tau cerita yang berlaku.
hahahaha.


macam nie.
embah boyot kan tinggal dengan nenek kat rumah.
bukan jatuh blik air lah!!!
salah info nie.
jatuh bilik nenek.
embah jatuh.
then terkena kat rak baju nenek tuh.
so.lebam laa.
esok nyer Atuk Pot balik.
bawak la embah g urut ke ape ntah.
so sekarang nie dah baik da pun.

rumah embah muprat(aku xtau eja) terbakar ko tau kan???
so tak yah citer arr.

GOSSIP : ko nak tau.pasal embah tu atuk pot tepon atuk syam suruh gtau pasal tuh.ade ker atuk suam kata dia boleh lupa nak gtau.yang embah jatuh tu pun nenek yang bgtau.lupa daratan doe atuk syam.pastu pasal rumah embah muprat terbakar pun dia lupa nak bgtau.Pak Busu bengang je dengan atuk syam.taku guna btol.benda penting boleh lupa pulak.mentang2 dah kaya.dah naik pangkat.nak berlagak la tuh.dah malas nak stay kt rumah embah lama2.alik angin kat Sekinchan pulak.kang aku LAKNAT pulak atuk sedara sendiri kangg.nie aku marah nie!.hahaha.

PS/nie baru ko pegi sorang.dah jadi macam2.belum aku pegi lagi.hehehe.xde lah.gurau...heeee

Friday, November 7, 2008

Party..Crazyness.waaaa.

huuu.
nothing much to write.
just nak upload gambar Jamuan Pusat Sumber.
Walaupun last minute,tempat tak grand mana.tapi hati kitaorang gembira.
Seperti biasa.Shahizwan dengan Ainaa jadi MC plak.Tahun lepas dengan adik kembar dia Amani.tahun nie dengan kakak dia.hehehe.
So.memang best la.kalau korang pro.korang boleh teka kat mana tempat tuh.
heee.
tp jangan bagitau orang.hahaha





WAA...MADU TIGA,heeee



GOTCHA



okay.okay.jangan jeles.



saya HOT.eyh tak.dia lah.tak mereka semua HOTTIE.gaaaaa


PS/MALAM NIE ANUGERAH SKRIN.HEHEHE.TENGOK WEYH.

Wednesday, November 5, 2008

Marah+Celakaan+Happy+Penat= 1hari.

okay.
banyak cerita hari nie.
So baca elok2.
dari best sampai sedih.sampai kesian dan macam2.
Iwan pun tak sangka.

MARAH
okay sekrang nie Iwan dah ada hobi/word baru selain dari kata "jahanam" hahaha.
Iwan nak pakai ayat "LAKNAT"..ghahaha.tau x.tadi geng PS g Tabung Haji n Giant.1 teksi.CELAKA punya pemandu teksi tuh.dari sekolah sampai Tabung Haji RM5.bapak MAHAL!
tak pakai meter.aku pun heran.asal pulak orang tua nie tak pakai meter.habis kena tipu 5hengget.nasib bek bukan duit haku!/then Iwan dgn Fatihah pecah g Giant beli barang.nak balik tu naik teksi juga.baek punya aku LAKNAT pemandu teksi tuh.cekik darah! Haram jadah!.Nak balik g sekolah pun 5hengget jugak.dia kata tak pakai meter dek! oleh kerana nak cepat.naik je lah! marah betul aku.tak pasal2 kena laknat.grrrr.hahahaha.

CELAKAAN
okay.cerita nie sedih and kesian.so buat la muka yang sepatutnyer.terima kasih.Macam nie.Ustazah Latifah kita kena ragut dan lebih malang lagi.jari telunjuk dia terputus weii.Cerita nyer begini.Ustazah macam biasa la.pagi tu nak g sekolah.alik2 nak bukak gate ker.nak pergi kat kereta dia parking kt luar ke Iwan tak tau la kan.time pagi tu dia kena ragut dan dalam pergelutan tu jari dia terputus laa.nie aku nak LAKNAT orang lagi.kurang hajar betul peragut tuh.USTAZAH pun ko nak ragut.haihh.kang ramai2 anak murid dia doa ko mati kang! mati ko nanti!Sekarang nie Ustazah dirawat di HOSPITAL UNIVERSITI.tengah hari tadi Mr. Ong(pengetua) datang lawat.time tu ustazah dlm bilik kecemasan lagi.baru nak sambung jari balik.scary doh.and terima kasih banyak2 pada orang yang tolong ustazah tu.Moga Allah je yang balas jasa baek mu dan Allah LAKNAT juga orang yang ragut tuh! Kitaorang ingat nak ramai2 gi lawat Ustzah kat hospital.ye la.Ustazah tu dah ajar Iwan dekat 3tahun kot.dari tahun lepas,sampai la form5 nanti.InsyaAllah.Semoga Ustazah yang berada di hospital tabahkan hati.ini dugaan Allah.Semoga cepat sembuh...AMIN...

Happy
heee.at last.jamuan akhir tahun PS ada jugak.tahun lepas tak hebat langsung! his year buat kat Pyramid tp tpt dirahsiakan.hahaha.AGAK bintang nyer kurang sikit.tapi Iwan xde baju lorh.huhuhu.klo abang ada,boleh la Iwan songlap baju and kasut dia.hehehe.Dia kaya beb.baju mahal2.kalah Iwan.harap2 jamuan jumaat nanti meletopsz la walaupun tempat tak se'grand' mana.huhuhuand TAHNIAH buat PN CHUA..wahhh.cikgu PS kita dapt Anugerah Guru cemerlang laaa.peewitt.dari SMKSP yeee.bangga sikit.hahaha.seronok iwan jadi warga SP.ngeeee.


PENAT
haihhh.penat lah walaupun suka.Iwan biasa la kena aktif.kena balut itu.balut ini.plih hadiah itu.hadiah ini..kejar sana.kejar sini.pengsan lah!.tapi semuanya untuk PS.huuuu.HEBAT.lagi satu.dah la peant tadi kena jaga PEsta Buku popular.kena berdiri sana-sini.adess.pinggang kuh.hahaha.k lah.
ciaow.

Wassalam~

Monday, November 3, 2008

100.YEAA...

ouh yess.
entri yang ke 100.waaaa.
rajin.huhuhu..okay.sempena entri yang ke 100 la kan.
umm.nak post pasal family.heee.nak kenal??
hahaha.jom.




okay.Ini Ayah and Mama.
Ayah Mohd Yusoff.Ayah garang.Selalu jaga disiplin anak-anak sampai nak keluar rumah pun tak boleh n susah gilak.Ayah suka karaoke.hahaha.Ayah lahir d Perak.Ayah paling tak suka orang tipu dia.kalau tipu.jeng.jeng.jeng.kena libas.haiyakkk! yang pelik tetang Ayah.Ayah PALING pentingkan kebersihan.terutama KUKU.kalau jer dia nampak kuku Mama atau anak2 pun mesti dia jentik then suruh buang masa tu jugak.hahaha.

MamaJamilah.Mama orang jawa Selangor.ORANG KATA Mama cantik.Cantik ke abang?hahaha.ye la cantikk.umm.Mama karakter nyer camne erk.biasa la je.selalu anak2 akan cakap dgn Mama dulu baru cakap dengan Ayah.sebab Ayah garang.Mama bagi kami kebebasan.Kalau nak keluar boleh.tapi jangan balik lambat and tau jalan nak balik.Pentingkan IBADAH anak2 terjaga.umm.tak keterlaluan kalau Iwan cakap Mama sayang LEBIH kat Abg E-jay dengan Eiya.(its true)




Okays.Ini Abang saya.Putera Muhammad Shahrizal.Dia 19.Nama timangan dia Ejay.Dialah anak harapan dalam family.hahaha.dia pandai beb! UPSR.PMR.SPM semua dia A tau! Sekrang dia sambung belajar kat RIT NY.Dia pemalas! SELFISH! Kena suruh baru nak buat. Pendiam.Garang dengan adik2 dia.itu je lah.ANAK KESAYANGAN MAMA.Abang suka berjalan san-sini dgn kengkawan dia.orang ada duit dengan lesen.huuu.tapi kedekut.
ngeh3



heee.Ini saya.Tengku Mohammad Shahizwan.Saya 16.okay.anak kedua nie cacated sikit.sebab anak pertama pandai.anak kedua ala2 pandai cakap je lebih.hahaha.tapi saya RAJIN.Saya pandai masak.itu Hobi saya.ingat nak jadikan cita2.tapi Ayah murka.ouhhh.Saya belajar kat SMKSP.Saya BANYAKKK CAKAP.Saya jadi "orang gaji" dalam family saya.Saya terbayang kehidupan adik2 selepas Saya sambung belajar.habisla korang.carik makan sendiri.basuh baju.pergi kedai.pergi pasar.and etc.Mulut saya LANCANG sikit..eyh bukan BANYAK kot.hehehe.Saya gila2 sikit la dengan adik saya.KADANG2.dan kadang2 adik2 saya MENYUSAHKAN jugak.heee.ANAK KESAYANGAN SIAPA?Nama timangan saya.Abang Iwan.Tak banyak duit sebab semua duit beli barang makan.barang makan tu semua keluarga(adik + abang) Iwan sapu jer.grrr.SIBUK!



Ini.Megat Mohd Shahazlan.Dia adik saya.umm.Dia nie pun PEMALAS.dia PANTANG kalau orang suruh dia lebih2.PASTI dia mengamuk.DIA BUSUK!.ummm.Anak KESAYAANGAN AYAH.tak tau la kenapa.Dia lahir sama dengan saya.SIBUK jer!.So setiap tahun kami AKAN dan WAJIB sambut sama2.urghh!!!.Umm.pelajaran dia okay je la.xde la BAGUS sangat macam Abang first dia.Dia takde kelebihan ape2 pun.Suka keluar rumah.dan AYAH tak marah langsung.CELAKA kan?(AZLAN).Dia paling rapat dengan adik no4.ouh kelebihan dia.dia pandai SHUFFLE.dan itu tak menyumbang apa2 dalam keluarga okay!Nama dia saya dengan abang Ejay yang bagi.heee.Timangan dia.Abang Jelan.Dia ada harta dia sendiri tapi tak banyak.habiskan duit beli top up dengan minyak rambut dia.RAMBUT dia tu MAHAL! hahaha.tapi Selalu sapu Iwan punya barang makan,Iwan sapu la minyak rambut dia.hehehe




Lastly.Ini Puteri Nur Amira.satu2 nyer anak perempuan.bongsu pulak tu.So dia la yang paling gedik.manja.dan mengada-ngada.Nama dia Ayah yang bagi.Ingatkan kitaorang nak bagi jugak.tapi.Ayah jugak yang nak bagi.Dia degil.Suka berjalan ke rumah jiran tengok baby.Dia KURANG AJAR! SUMPAH! cakap Mama pun dia boleh melawan.Dia suka bidang dunia hiburan la.kalau nak tau.Masa TABIKA dia wakil TABIKA pertandingan menari la.Bola jaring pun yee jugak.Sekrang kat sekolah rendah dia KARAOKE pulak.Dia dengan kawan dia berduet.Setakat ini baru lagu Rama-rama dengan Ayat-ayat Cinta.hahaha.ikut bapak dia niyhh.Dia takut dengan Ayah dia.paling takut kalau kena pukul.nangis dia ala2 trauma gitu.tak tau kenapa.Nama timangan dia Eiya.ANAK KESAYANGAN AYAH dengan MAMA.tapi lebih pada Mama laa.Dia nie PALING KAYA dalam adik beradik.duit dia kar RUMAH sahaja dah 300++.Duit SSPN dia dah 200.Duit dia ntah bank celah mana lagi Iwan pun tak tau.dan dia la PALING KEDEKUT.tiap2 hari dia suruh orang kirakan duit dia.haihh.mintak pinjam tak bagi.ngek ngok!

PANGGILAN ADIK BERADIK DALAM KELUARGA KAU DAN AKU.TIADA PANGGIL ABANG KE ALONG KER ANGAH KER.DAN ACHIK.KADANG2 JE PANGGIL ABANG EJAY.ABANG IWAN.ABANG JELAN.PASTU PAKAI LA KAU AKU.HAHAHA.MAMA PUN MARAH.HUUUUUUUUUUU.

heee.So itu je lah keluarga kecil saya.belum sampai ke datuk nenek lagi.hahaha.
Actually.masing2 ada la karakter diaorang.Nak buat macam mana.dah family kami macam nie.Bahagia jugakk..waaaa.bubyee.
PS/kalau nak kongsi pasal family korang.ape salahnyer jugak kan?Saya nak baca.=)

Wassalam~