Thursday, April 30, 2009

Kiriman.Pesanan untuk ABANG

abang2.

mama dengan ayah cakap suruh jaga diri.
then ko balik sini 26 kan??pagi petang siang malam???
pukul bape flight kau?
nak plan betol2 nie.
nak buat kendurii kendara mat salleh nak balik bercuti
HAHAHAHHA.lawok.lawok.

ermm.
btw,ayah kirim tshirt aa.dia maw t shirt maa.ayah xnak saiz beso2.ayah dah kurus! agak2 jer lahh.

senang citer 1 FAMILY nak tshirt lahh.
INCLUDING me okayh!
so.oleh kerana aku ada blog.
so aku detailkan tshirt ape aku nak.
HAHAHHA
wei.aku nak tshirt I LOVE NEW YORK!
yang baju putih tau.tak nak hitam.panas.
aku dah la hitam skrg nie.
kalau boleh kan.KALAU BOLEH Laa.aku nak yang kolar bulat dia hitam dengan hujung lengan dia hitam.kalau takde tu xpayah laa.kau bukan rajin sangat pun nak carikan! hahaha.so.semua nanti aku tuntut eyh.

Kamera
Laptop
Handphone (mama nak la pulak.adoyy.hp aku yg besar tuh da nak thp hancur)
T Shirt NY.

okay dah siap.

PASTIKAN aku sorang jer ada t shirt I LOVE NY tuh.
aku xnak sama dengan azlan ker ayah ker.boleh blah.beli yang lain utk dorg.
tapi kalau xde gak.mana2 tshirt yg cantik tu kau belikan lah.HAHAHAHAHA.

thx weiii.

tapi ape2 pun.masa ko shpping tuh.agak2 aa.jangan kena selsema babi plak.kang kena tahan kau kat spital cnie.k la.akhir kata.KAMI MERINDUI MU.hahaha

btw.Pak Ngah dgn Mak Ngah esok lusa datang KL kot.Pak Ngah kita dapat pingat pe jadah ntah.DATO aa kot.hehehe.duit raya aku MASYUK aaa nanti.kakakaka.ermm.bulan 6 nanti pak ngah and the geng katanya ada family day.tp xjadi.so balik kampung aa kot dorg tuh.klo nseb bek kita semua blk kmpg aa gak kot.baek punya.untung2 ko pun dapat RM MASYUK jugak.ye laa.baru dapat pingat.duit dalam dompet mesti dari mesin ATM lagi.hahahaha.k lah.mengarut jer.

PS/ayah cakap kalu takde duit tak payah la beli tshirt tuh.and keadaan kalau melarat pun xpayah beli.saja jer.tapi tshirt aku WAJIB beli tau k! bye.mish u..



Wednesday, April 29, 2009

Lucky

do you hear me??
im talking to you..
daaa.daa.daaaa.daaaaa...

HAHAHAHA

heumphhh.
esok wei.
esok koir.
Digarhayu dan Mamma MIa.
digarhayu dah okay.
Mamma Mia.hancur.gila hancur.
untuk iwan jer laa.
lirik dia lintang pukang pulak.
pening2 n konfius.
malam nie baru maw hafal.
grrr!

wish me luck.

and.yeah.MSSS HOKI 2009
ISNIN.SELASA.RABU.
yeah.bukan tamak.bukan sebab payment.sebab TAKDE SENIOR FORM 5 yang nak duty!
KIMAK kan?? Fuck giler.aku pulak nak duty lebih2.nie belom bagitau ayah nie.kalau ayah tau.habis aa.ape nak jawab.khamis dengan jumaat pun dorang kena paksa! aku pun cam tak sedap jer nak paksa2 diorang.dah kena paksa dalam hati aku cakap padan muka jugak! sape suruh tak nak duty! korang jer sorang ada kehidupan?korang je nak spm?aku nie lagi lah.TUSYEN satu ape pun takde okay! ntah2 kang nanti result SPM aku dengan korang lebih kurang jer pun.sengal!.ape2 pun ermmm.tapi tak best lahh.diorang cakap nanti St John dgn BSMM berpecah.KRS dengan Polis pun sama.alaaaa.aalaaaaaa.laaaaa.sebab nanti diorang main dua tempat.so pecah2 la.alamakk.gila bosan.baru nak lepak2 dengan Haris.dengan Sya.Danavee semua.haihhh.terkubur jer lah hasrat.

tapi takpe.boleh.boleh.boleh.

Tuesday, April 28, 2009

datang balik

wuhuuuuu!!!!!!!!!!!!!!! stress dah datang balik.

1.keja seni dah masuk langkah 7-12.yang ada pun tak siap lagi

2.keja sekola lain pun kena wat gak

3.study mid-term weiii.maths form 1-4.form 5 smpai chptr variation.bluek!

4.koir khamis nie plakk!

5.kelab..unit uniform

6.duty MSSS

7.online lagi.ms.facebook.fs.blog.chattin.hahahhaa

8.tido.?

bila masanya pun nak siapkan semua keja nie?? adeyhh..penat penat

ouh ya.wabak selsema babi cam menjadi2 jer..siap dah masuk surat khabar hari nie.risau pulak aku.

yang kedua...HEYYYYYYYYY aku TAK SUKA betollah tengok KORANG tau tak! sakit mata aku.kang jadi mat ketumbit dua pulak.mat ketumbit satu haris.HAHAHHAHAHA. TAK TAHU lah weiii...perangai cam setan! tak suka tak suka tak suka tak suka tak suka tak suka.tak suka tu TAK SUKA jer lahhhh!!!
sape korang yang dimaksudkan?? MAKAN CILI TERASA PEDAS.ngeee.PEACE

act.bnyk lagi cerita.tp cam malas laah.bukan ada yang baca pun.buat sakit jari jer.hahahaha

Monday, April 27, 2009

dekat

koir dah nak dekat.
cuak makin terasa.
debaran makin tergugat.
lirik masih ingat2 lupa.mamma mia.
erkkk.

hari jadi Safinah besok!

lagi.lagi.lagi.

seni.
tadi baru siap reka 6 bentuk baju.lengan pnjg.v shape.kolar.bla.bla.bla.
siap gak 6.buruk pun buruk lahh.


okay.dah siap updated.

PS/abang.mama cakap tadi keluar berita kat NY ada selesema BABI.mama suruh update dgn kau.so pandai2 lah ko nak kata ape2 erk.

Sunday, April 26, 2009

Maksiat!

percaya tak percaya kelas kitaorang dah jadi tempat maksiat.
time sivik.okay la.cikgunyer USTAZAH okayh.
haaa.ape lagi.ceramah 1 mamak! siiiiaaaapp!
okay2.macam nie.sorang mamat bengong nie.Islam.muka dia dah la penuh jerawat.ape kaitan dengan maksiat?macam nie kaitan nyer.Mamat Bengong nie ada ker patot suruh Si Ah Mooi Cina picitkan jerawat dia.masa tu tengah free time la kiranya.ustazah pun dengan kerja2 nyer.sekali ustazah pandang2.pooom! nampak 2 orang nie bermesra mesraan memicit jerawat.si bengong nie pun layannnn jer.baek punya! eeewww! picit jerawat.yuckss! ustazah nampak dah.bagi ceramah kat dia aa.satu kelas pun dengar sama.tengin! ngok btol doe dia nie.agak2 aa sket.ko sendiri tau cikgu sivik kita ustazah kan.hari JUMAAT pulak tuh.adoyyy.takde la aku nak cakap aku nie baek sangat ke ape.kot ye pun.agak2 la kan.haihhh

MAKSIAT DUA!

pada hari yang sama cuma waktu jer berbeza.waktu MATHS.cikgu nyer bertudung labuh.so walaupun tak ustazah.tapi memandang seirus aa bab2 agama nie.hummm.dah jadi maksiat time sivik.bukan nak amik pengajaran.si mat bengong dua pulak nak buat maksiat dengan Ah Mooi cina yang sama! adoyyy.masa tu dalam tinggal masa nak balik jer.so lepak2 la jugak.mat bengong dua nie.konon pulak nak away la ape laa.so geng2 cina tu bawak la kamera ke fon ker.budak bengong dua nie nak bergambar la.gambar pun agak2 laa.sampai nak letak tangan atas bahu macam sweet couple plak.malang sekali lagi.cikgu masa tu tengah bengang aa jugak.cikgu nampak cikgu cakap.

"yang kat belakang tu! cikgu tak main2 dalam hal macam nie ye! kalau cikgu nak cikgu boleh ambik tindakan! cikgu serius ok!"

timbul kekeliruan antara kami.sama ada cikgu marah geng cina tu bawak kamera/fon atau si mat bengong dua nie berapat2 dengan ah mooi cina tuh.tapi iwan agak pasal mat bengong tu rapat dengan cina kot.takkan la sebab fon/kamera sebab tak nampak pun.

So.konklusinya.di hari jumaat nie.jangan la buat maksiat.bukan jumaat jer.hari2 lain pun sama.renung2kan dan selamat beramal!

PS/adeyhh.kompem aa ayah tak bagi g duty MSSD.aduyt.sorry weyh!

Thursday, April 23, 2009

di atas normal

akhirnya dapat jugak ku kembali hidop normal.
takde lagi sibuk ke hulu ke hilir.
tinggal sibuk aktiviti sekolah dam koir.

sibuk pasal BSMM.
aku pun pening jugak.
MSSS Hoki.pk erk.ada ker orang nak main hoki sampai tengah2 malam?
okay macam nie.
sekolah kitaord trpilih utk bertugas sbb kecemasan untk MSSS Hoki.
bayangkan.1 hari dapat RM 12.(Okay la) tapi bertgas dari 8.00 pagi sampai 11.00 malam! ape diaorang ingt kitaorang takde ibu bapa ker.tak nak belajar.tak nak SPM? adoyy.PN Norhaida plak dah bising2 kat aku suruh cari nama.sebb nama tu pun belum confirm.kita just standby jer.cikgu mntk tlg Pertahanan Awam jagakan.apa lagi.semua nama aku main tulis jer.AJK at least wajib ada.trutama yang senior.aku masukkan pun yang pandai2 first aid jer.ada sorang budak nie.tiba2 dtg jumpa aku.nak duty MSSS hoki boleh tak??huh??eyh tolong lah wei! first ko pun tahap hancur lebur.agak2 aa nak duty MSSS hoki.kot patah riuk orang tu kang ko nak jawab.duty2 skola boleh la.duty luar sorry beb! pikir sampai kiamat pun belom tentu aku nak bagi.

Sabtu nie ada gerko.sabtu nie jugak baru aku nak amik name list yang betol2 untuk duty.AJK senior wajib ada seorang untuk satu hari! nama yang aku bagi tu cikgu cakap tu untuk draf jer.ape benda ntah.aku pun tibai jer la.sapa nak duty sampai tgh mlm bute tuh.bapak aku pun gerenti tak bagi! and nak tau ape.dalam bapak aku tak bagi.kat dalam list tu.aku pegi tibai sampai 3 hari.ambik kau.Isnin Selasa Jumaat.Rabu tu MUNGKIN sebab takde orang nak hari Rabu.dapat jumpa geng MATAHARI whoooo! Sya Dana rindu nak duty dgn korang.hahaha.hari lain aku duty dgn haris.hye haris.rindu gak nak duty dgn kau! hehehe.erm.ouh yaa.act tadi aku ajak Johan yang bukan first aider pun untuk join.dah dia yang volunteer aku tnya la cikgu.cikgu tak bagi! hahaha,.tapi aku simpan gak nama Johanin case btol2 dah takde org.tapi aku akn teman dia la.hahaha. =))

PS/hari nie kat sekolah rasa macam sunyi gilak.dalam kelas pun ramai tak datang lately nie.tshirt kelas dah dpt.dorg komplain.HAHAHA.nasib baek aku tak beli.selamat.balik sekolah tadi pun jalan kat situ takde pun sibuk2 sangat.

Wednesday, April 22, 2009

Haris Noorden?

firstly Haris.ko jgn amik hati pasal post nie k!


sebelum tuh.buat pembaca.korang tau kan kelas kitaorang mcm mana.Vishnu da kena gantung! haris pulak nak pindah sekolah sebab masalah family yg tak dapat di kongsi di sini.so.haris.sedikit nasihat untuk kau.

okay.ko pun tau kan aku memang tak suka kat ko.aku sndiri pun tak tau kenapa.memang da xleh ngam ngan kau.so ape2 pun aku mintak maaf k sbb kita asyk gado jer tahun lepas.tahun nie takde pulak.sorry tau! sobb.sob..

Haris.kalau ko pindah itu satu langkah ko yang paling bijak okay.ko dapat sekolah baru.rumah baru.kawasan baru.jiran baru.kawan baru.cikgu baru.ilmu pun baru.aku bukan la nak hasut ko or halau ko keluar dari sekolah nie.ko pun tau kan perangai2 cikgu kita macam mana? kalau ko da xbleh ngam kat cikgu sini.untuk masa depan kau.kau pindah la wei.cari cikgu baru.mana tau.kat skola baru tu ada ckgu yang lagi bagus.so pelajaran ko pun xde teruk mana kan?SPM ko boleh jer amik kat sini.cuma ko kena belajar kat tempt lain.ko away.mmg la SPM around da corner.sbb around da corner tu lah kau kena stdy betol2.dah tak boleh main2 Haris oii.lain la kes kalau ko nak aktif kokurikulum kan? so hari Jumaat tuh.ko blh la stay rumh Johan and Sabtu tu ko pegy la ST John ko ker.outing ker.tak susah pun kan.sedama mara kan ada.tapi serius aku cakap.ko kena berpisah dengan kawan2 kau utk SPM.kalau tak.ko memang takkan dapat belajar.kalau takat nak jumpa kawan.anytime la.bukan jauh sangat pun.boleh cntact jugak kan.lagipun haris.kawan kena ramai.bukan kawan ko yg kt sini semua akan teman kau sama2 ke Uni nanty.masing2 bawak haluan okay! so start berdikari skrg.ko fikir lah elok2 untuk kebaikan diri kau jugak.aku menasihati dan beri pendapat jer.semua terserah kat ko balik sama ada nak pindah atau tidak.memang kawan2 akn merindui kau kecuali aku! hahaha.xde masa la nak rindu ko nie.byk lg bnda lain nak kena fikir.hahaha.sorry.=))

So haris.kau kuatkn semangat k.hadapi masalah dengan jalan penyelsaian yang terbaik.sabar jer.ada hikmah sebalik semua nie.

HARIS.aku mintak maaf kayh!

Pantun tadi.ada nak baca?

Pagi2
pagi bangun tido jer dah cuak.memang dari rumah rasa tak sedap hati.datang pun lambat.7.10 baru kuar rumah.then sampai2 tgk2 semua budak pantun takde.tinggalkan aku ker??aku pun cuak lagi.ngek! sekali Pn Faridah antar kitaorang.sebelum pergi sempat lagi suruh Syarifuddin bacakan doa.hahhaa.depan2 bilik disiplin plak tuh.chantek.semua yang Islam kat situ.semua aku suruh tadah tangan sekali.Haris.Aliaa.Afiq.Safela.Fatihah and Me.hahaha.baek punya.

Kat Tempat Bertanding.
library MBPJ.tpt kami lepak study.lama da tak pergi.rindu gilak study sama2.erm.sampai2 kami yang awal.tuan rumah pun baru sampai SMK Dato Harun.semua cantik berpakain baju melayu dan kurung tradisional.hanya kami dan beberapa buah sekolah yang lain.pakai baju sekolah jer.jangan show off lebih2.hahaha.ermm.kami sempat gak gossip time tu.SMKDH lambat la.pengurusan tak cermat la.ape la.bla.bla.bla.masa2 borak tu.bari teringat.weyh! pantun pembukaan kita tak siap pun lagi! dua kerat je la yang siap masa tu.xpress punya.hahahhaa

masa bertanding
iwan dari rumah memang dah tak sedap hati.rupanya kami lawan dengan musuh kuat kami.Assunta.humpphh.masa iwan tau jer lawan Assunta.terus musnah harapan aku nak menang.gerenti kalah lah.konklusinya,memang kalah pun.hahaha.PANTUN JUAL kami KUAT.cuma PANTUN BELI jer lemah.hahaha.byk pakai pergi ke kedai la.beli itu beli ini.memang lawak lah tadi.cikgu Faridah yang anytime akan bersalin tu un tergelak jer kat belakang tu.semua yang lawak2 ada.Tuti.Titi.Lejar.Impian.Siulan.semua ada.yang pihak lawan pembayang memang kuat.so kami dapat 584 berbalas 600++..jauh la jugak beza markah nya.

Balik

balik sekolah.semangat lagi nak datang perjumpaan kelab ERT.buat kek semata2.balik rumah jap.amik jer barang kek kat rumah yang dah auto dipacking.so tinggal ambik jer.
sampai2 ada aku sorang dengan kumpulan cina.aduy.xselere btol aku masak sorg2 melayu kt situ.cipek tol.tapi tak menjejaskan kek coklat aku eyh.oleh kerana sedap dan banyak lebih.aku pun bawak bekas lebih.aku bagi kat Pn Faridah sikit.dan geng2 yang ada kat situ.nasib baik plastik ada kat situ.terus terang aku cakap.kek yang cina tu buat sedap.okay la.LULUS la.tapi bersepah.nak hias cantik2 tapi tak jadi.sebab kek tu panas lagi mana la boleh hias semua.tenging jugak deme nie erk??

Pusat Sumber

ada book fair kan.tak dpt duty.so tgk dorang duty dari luar jer.then naik PS jap.gossip2 dengan akak.fatihah,darius.baek punya.semua kitaorang goosip.cikgu.pengawas PS.semua balun jer.tak pasal2 buat dosa.hahaha

BALIK rumah
tengah2 rilek.melepaskan lelah di tpt tido.tiba2 msg datang.igtkn sapa.HARIS DEEN rupanya.touching bagai.hahaha.kau baca post KHAS untuk ko kat atas nie.okay!
xde makne nye aku nak tipo ko laa.haihhh.

PS/buat pelapis pantun semua.berlatih lah nada dari sekarang.mmg susah.

Monday, April 20, 2009

Weird!

ouh okay.
hot story.
hahaha
guess what?
baru pagi tadi BSMM dapat tempat ketiga untuk unit uniform.
iwan tgh duduk kat belakang sekali borak2.
tetiba.Shahizwan shaizwan.amik hadiah la? PBSM menang..
huh??ouh ye ker.okay.
amik hadiah.
tapi agak pelik la.
tiba2 jer.
hahahaha.
da la baru kutuk pasal sekolah kata ada tempat ketiga tapi takde.
tup.tup. baru tadi BSMM dapat no3.
hahaha
rasa macam ada cikgu/pelajar yang jadi hantu nie.
g report kat cikgu.hahaha.ker ada cikgu yang baca blog aku??
habis! matila...hahahaha.

tapi yang pelik jugak.
St John tak menang pun?
kenapa perlu BSMM?
patotnya Polis tu tak payah la bagi St John jer.(okay no hard feeling kayh jz my opinion jer)
humpphh.ape2 pun bersyukur la jugak.
menang la jugak.
walaupun tak berprestij.hahaha.


ermm.
yang tak suka plak.
baru tadi cikgu bagi tajuk pantun.
wei pertandingan RABU nie pulak!
guess what? Ju nak tarik diri jadi pemantun ketiga.then kena siapkan 50++ PANTUN SOALAN okayh.adoyyy.
gila ke apew.
tadi pun baru siap 2-3 pantun jer.idea semua hilang sudah.

PS/im so sorry kayh kalau ada yang marah pasal post sebelum nie.Naz.Adam.Sya and others.just my suara hati berbisik la.nothing.hahahaha.PEACE.

Sunday, April 19, 2009

jadi ke tak?

pantun esok jadi ke tak??
esok patotnya ada pantun.
takde pantun ada perhimpunan amik hadiah??
hadiah ape??
ntah lah.
iwan ikut saja.

Dengar cerita Vishnu dah kena gantung sekolah.Jadi ke tak dia kena gantung sekolah?? we gonna mish u macha!..hahaha..tapi ada okay nyer jugak dia takde.ntah la.korang je la judge!

Next.
dengar cerita esok haris jadi pelajar biasa semula?
jadi ke tak dia jadi pelajar biasa?
my cmmnt.ada baeknya dia jadi pelajar biasa.takde la dia selalu keluar kelas.
mana tau InsyAllah dapat tingkatkan pelajaran.ingat! BM awak tu fail Haris.
tapi kalau jadi pelajar biasa pun sama jugak.tu memang dah perangai dia.dah tak boleh buat ape.hehehe.sorry.my opinion jugak.

dengar cerita Shahizwan belajar? aik?? hahaha.belaajr lah! SPM wei...
Sya bagi buku sejarah banyak2 SEMUA iwan balun.
trutama latihan form4.dah sampai latihan bab 8
hehehe.
thx SYA! berguna ouh buku u.
hehehe.

PS/act kan.tahun terakhir = LAST YEAR ker FINAL YEAR huh??? iwan pilih final year.betol kan??ke salah??hahaha

Saturday, April 18, 2009

benar

kebenaran akhirnya terbongkar jua.

Terima Kasih Ya Allah.
ada hikmah di setiap kejadian.
=)

Friday, April 17, 2009

tak ade ke kurang?

this year tak ade pun macam syok2 nak amik gambar merata.
act hp mahal ada tapi lupe plak nak bergambar dengan member.sibuk pulak.member pun merayau ntah mana2.so tak best

MAYBE muka nie nak kena ada dalam kamera dari NEW YORK kot.ahahaha.sebulan jer lagi orang putih nak datang rumah.so.semua beratur tuntut HAK masing2.hahaha.dah dapat kamera NY baru semangat sket nak bergambar.ngee.


PS/ermm.sesiapa yang terasa or marah ke.ape2 lah.lupekan je lah.thats my opinion jer.alah..esok lusa dah lupa dah.fikir benda lain pulak.nak exam mid dah pun.waaaaa.

TAK PUAS HATI!

Arghhh!!!!
okay.WARNING memang post kali nie menyentuh sensitiviti semua pihak.sekian.

Nak benci saya?? suka korang lah.aku pun bukan HADAP sangat nak kawan ngan korang.hahaha!

tadi hari sukan.bla.bla.bla.bla.okay marching terus je lah.
yang tak puas hatinya kenapa Polis yang menang? KRS layak menang tapi bukan no1 okayh.sekian.okay baca nie eyh.Polis kitaorang semua kata LAMA tau tak lebih 2 minit serius lebih.lepas tu.kenapa Ketua POlis tu sibuk nak jadi juri? TAK PAYAH la!!! menyemak jer.even ko tak bagi markah untuk formasi.tapi ko boleh lebihkan markah kadet polis untuk bahagian kawad kan??walaupun tak elok mana pun! KRS pulak boleh laa.tapi tak layak dapat no1.yang layak St John.tapi iwan tak suka St John menang.arghhh!!
patot dari jangkaan iwan.no2 BSMM dan 1st St John walaupun tak berapa suka sangat! hahahaa.tak lah kenapa.tengok St John jer kan ada 1 perasaan nie tak boleh nak buang.adoyyy.tapi lega la jugak BSMM kalah St John pun tak menang.hahaha

lagi satu sekolah pun bodoh! hari tu kata kawad kaki unit uniform sampai no3.tiba2 tadi dah no2 terus.cibai btol.takde duit buat la cara takde duit.berlagak pulak nak cakap ada hadiah tempat ketiga.urghhh!!! marah betol.

OUR MISTAKE.
okay.lepas tunding jari salahkan orang.kami pun wat salah jugak.OpssS! not KAMI act ME.hahaha.ermm.first lepas jadi 3 barisan lupa nak betulkan barisan.then masa nak jalan iwan pulak yang lupa nak jalan style kita.TAPI bukan sengaja lupa.masa tu tengah tention + Nerves = Bluek! mana lah nak ingat semua tuh.adoii.iwan ada mintak tolong Pei Han Chi Yan Yee Ting tolong record formasi kitaorang.tak tau lah record ke tak.nak tengok ape yang cacat.

lagi.ermm/ouh ya.masa balik naik moto tadi.tiba2 jer terfikir formasi baru.HAHAHA.macam pelik jer tak tentu pasal.sampai je rumah.terus buat lakaran.tinggal buat step jer.adoyyy.untung budak2 tahun depan.and strategi BSMM untuk tahun depan dah dapat.

cukup pasal kawad.
pasal rumah sukan.
AIK? Jerai yang menang?? apehal pulak tu! tadi rasanya bukan main Ledang yang sapu.dengar pun banyak nama Ledang dengan Bintang.pun Jerai menang jugak??adoyaii..ntah jampi ape aku pun kurang pasti.ape congrts to all pemenang.dan yang kalah.and buat BSMM.korang tak kalah pun.korang dah berjaya KAWAD dengan betul dan BAIK okay!! next year ada lagi.buat betul2 okayh! Jangan putus asa.iwan sedey sikit jer la.keciwa.kenapa BSMM tak menang?isk.xde rezQi kot.

PS/lepas satu beban.isnin ada ambil hadiah untuk ape ntah.then isnin tu jugak ada Pantun wakil sekolah.tapi soalan belum kelaur lagi.tunda la kot.then last sekali ada koir 30/4 tu lah yang last.bulan 5.STUDY and everythg just back to normal! yeahhh!

PSS/tadi merosakkan bahasa dengan Ashmeer n Habib.hahahha..kesian dorg.speechless teros.kakakaka.perkataan dulu dan sekarang.

Wednesday, April 15, 2009

Caca marba

arghh malas la pulak nak taip panjang2.
takpe.
ermm.
tadi ada raptai penuh.
pagi tu sejuk jer tau sebab baru lepas hujan.
TAPI orang tua tu bikin gua panas jerr.
lepas habis jer raptai.orang tua tu cakap PBSM mana PBSM??
masa formasi awak 3 minit.awak kena kurangkan seminit.
Renjer pun mana?awak kena kurangkan 1 minit 15 saat..
kalau tak kena POTONG MARKAH! WTF weiii.
aku tau kau tipu! masuk METRO kang!!!
satu badan uniform nie lagi LAMA plak.rilek jer.
mentang2 diaorang hebat kau saja la bagi lama.kan??
mustahil kitaorang lebih dua minit! TIPU! TIPU! TIPU!
LAKNAT btol lah!

So.penyelesaiannya red cross dengan red crescent tu kita buat dalam satu masa.So jimat la.dan iwan mintak kebenaran untuk buat formasi pun kena cepat2.

Lepas rehat!
Hahaha.kami ponteng kelas mari.geng kami dengan selamba lepak kat markas baharu kami! hahaha.syiok la jugak.mula2 tgh lepas ada pengawas lalu kitaorang FAKE buat2 keja la.sapu sampah la.hahaha.then kali kedua ada pelajar pulak lalu.aku sorok belakang almari.SEMUA follow.HAHAHAHA.nasib baik muat.tak pasal2 jadi JEBON.adoyaiii..ermm.masa lepak citer macam2 lah.cikgu.kawan.bf/gf.sekolah.spm.outing.SEMUA ada.heeee

Petang!
ini lagi aku marah.kata ada latihan.so aku datang laa.
datang2 jer.AIK? bukan takde orang.senior nyer mana?
Weng yee mana?Mei li??Sue Yi? Adrissa??
gilak lah.memang cincai jer la kawad petang tadi.
tp best jugak.kitaorang kawan perlahan jalan.then marching profesional punya.lagi macam2 lah.
ouh ya.tadi pun check KIT.so dah ready semua.tengok!
Pengerusi jugak.
ape guna QM BSMM?? lepas tangan jer.hmmm.

Penat! Penat! Penat!

PS/risau kalau Nina dengan Jeremy tak dapat join! OMG.please Nina kaki u cepat sembuh k!! n Jeremy.kalah jer lah bola baling tu.hari sukan penting lagi.hehehe.

PSS/masalah library blom settle.pasal jualan tuh.arghhh!!!.BABI tol! hahaha oopss.

Sunday, April 12, 2009

tagggggg

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
coretan hidup ku.sebab macam2 benda yang kita lalui setiap hari.sbab semunay saya nak ingat =)


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://eizonce.blogspot.com

ermmm.nama saya.izwan's...

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
ermmm.more to kutuk orang.gossip,cerita sekeliling saya.macam2.rojak daaa


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?
tak...saya takkan berputus asa.HAHAHAHAHA

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
too pinky.hahahaa.
xlaa.
boleh laa.
lawa la jugak.
menarik.

6) Senaraikan calon yang akan di tag.
Sya.
Shahrizal.
Nordin.

Saturday, April 11, 2009

ikan oii..

Suatu petang Sabtu.
pukul 6.40.
seorang budak kecil aka jiran kami bagi la kami 2 ekor ikan ape ntah namanya.
tengok ikan tu belom masak lagi.
baru balik memancing.rajin btol.
ikan tu mengingatkan ku zaman ketika dulu.
zaman kanak-kanak.
masa tu zaman abang rizal dengan iwan jer yang ada.

.....................kembali ke zaman kanak-kanak...................................

ko igt tak bang.
kecik2 dulu kita g beli ikan laga kat jalan 4.hahaha.masa tu harga ikan murah jer.dalam 1.40 sen.sekarang dah 2-3 hengget.perrghhh.

erm masa tu yang mulakan bab2 membela ikan nie kak siti la.kat rumah kak siti ada ikan bandaraya kita pun nak jugak.bela la sekor kat rumah.ayah pun bising.tapi ayah bagi jugak.ada lagi sekor ikan kita bela jugak.ntah ape nama dia.disebabkan kebengongan ku masa tu.pagi2 buta time abg aku bel0m bangun.aku mula menjenguk ikan.sejenak ku berfikir.ikan nie tido ker tak hah??kau lapar eyh ikan??sekali baek punya bengong bagi makanan ikan dekat segenggam tangan kecil tu kot.ape lagi.MAUT la ikan tuh.hahaha.berlebih makanan.tengahhari tu jugak jer ikan tu mati.sedey2 respon abg rizal lupa.dia marah ke ntah.

2-3 hari lepas kematian ikan.kami tak berputus asa.kami dua beradik terhegeh2 mengumpul duit membeli ikan kat jalan 4.ikan lain.ape namanya pun lupa.pendek cerita.mati jugak daaa.hahaha.takpe takpe.beli lagi ikan.kali nie IKAN LAGA.baek punya.tak sampai beberapa jam ayah kami pulang dari keja.nampak jer akuarium mini kat meja beserta ikan laga pulak tu.ayah dah bising.ayah suruh buang.
what???bazir gila.kami pun ala2 nak buang.kami TIPU ayah.ahahhaa.kami tak buang.kami letak kat belakang rumah.masa tu mood ayah memang tak baek pun.hehehee.derhaka kejap.esok paginya.kami kantoi lagi dengan ayah.tapi tak suruh buang pulak.letak kat depan.ikan laga kan pantang disatukan.sekali ayah suruh satukan dalam 1 akuarium.ape lagi.berlaga la dua ekor ikan tuh.berlanggar-langgar.macam ikan todak.lepas tu kan.........................................................................................
.................................................................................
.................................................................................
.................................................................................

habis cerita.the end.
iwan dah lupa dah ape jadi.abang.kalau kau igt kau sambung.hahaha.
adoyyy.

GOSSIP TIME!

WARNING!!!! Jika anda terasa.padan muka.BAIK TAK PAYAH BACA.hahahaa..


Hal Semalam.GILAK terkejut kot nampak AMIR f5 masuk drama cerita Embun Mutiara.1st episod plak tuh.dia jadi pengawas.tapi tempat bukan sekola kita laa.memang terkejut habis aa.iwan cakap.gilak laa.dah jadi artis mamat nie.habis la SPM dia.pastu bila nampak muka dia kat tv kan.iwan ingat balik.lama jugak aku tak nampak muka dia kat sekolah.pindah ker??..hahaha...tapi rasanya Amir jadi pelakon masa dia wakil sek0lah tahun lepas untuk Sketsa.so ada la kot penerbit ke produser ke pengarah ke yang nampak bakat Amir tu..ntah bomoh mana dia pakai tu kurang pasti.bel0m selidik lagi.hahaha..

Semalam jugak la ada latihan kawad untuk rumah sukan.Sebelum nie kapten semua ada berkumpul untuk tentukan nak lebihkan markah untuk formasi atau kawad.tapi sampai sekarang takde kata putus! WTF! la kan.itu takpe lagi.lantak diaorang la kan.janji unit uniform stay semua peratus.

Tapi yang paling menyakitkan hati.diaorang ada mintak masa extra tau untuk ajar marching n kawad semua.ye ye la bagi alasan diaorag lmbt pick up laa.blur laa.banyak la alasan..tapi semalam macam PALAT korang tau tak ajar marching.takde satu rumah pun yang ajar formasi.masih tengah bincang pasal formasi ada laa! memang dah terlambat la kan...dah nak habis masa baru semua rumah nak buat.takat nie yang nampak.Tahan dengan Bintang.Jerai Kinabalu Ledang slow sket!

ouh ye.lepas tu kan..dah 15 minit sebelum habis.diorang buli soreang budak baru nie tau.form 5.luaran dia nie nampak normal.tapi ada wayar dia tersalah sambung sket.tu yg dalaman dia kacau sket.dia ikott jer ape oang suruh buat.yang dia pulak BERLAGAK tau semua benda.shuffle la.breakdance laa.sekali buli punya buli.tiba2 dah jadi show jalanan kat luar negara tau...orang ramai2 berkumpul buat bulatan..then dalam bulatan tu ada 2 orang mamat sewel menari2 breakdance bagai.sampai meriah habis la basketball court tu.ada segelintir tak join group tu laa.sekali kalau kena serang dengan Pn Yip..berlari-lari korang macam Ind0n takde permit! hahahaa.macam tu je korang dah habiskan masa.dari buang masa kat situ.ajar formasi pun okay jugak kan.kalau kitaorang unit uniform memang takkan bazirkan satu minit pun lah.adoyy.KAPTEN.KAPTEN.ape nak jadi dengan anak-anak buah kamu nie...isk3.


Lepas rehat ada sivik.Iwan Mynn Liyana malas tau nak masuk sebab kerja kursus bel0m siap.iwan LEPAK kat stor BSMM.hahaha.oppss! sorry.bukan lepak la act.tengok uniform baru.nak bagi dekat pelajar yang takde uniform masa hari sukan nanti.yang iwan ingat tiga orang nama jer.yang laen tak ingat.hahaha.tapi dari uniform sampai la ke lencana,memang takde kualiti laa.bukan dari professor pun.ntah celah mana maen ambik jer.buruk pulak tu.isk.habis bab uniform kejap jer dalam 20minit.selebihnya.kitaorang lepak.Mynn penat so dia tido.iwan dengan Liyana selongkar almari tau.almari sapa ntah semak kat dalam tuh.geledah punya geledah sekali jumpa RADIO daa.kebetulan bosan.ini convo kami

Iwan: adoyy.nie almari ada ape plak nie...haaaaa.wei ada radio.baek punya.macam buruk jer.

Liyana: ntah..dah rosak la kot.

Iwan: Alaaa.kita try mari laaa...jom cari plak..

Liyana: haaa.tuh kat tepi tu ada.baek punya.

Iwan: jap.jap aku pasang plak..bukak suis.

.....................................................................................

Sekali masa on jer suis.POOP! bunyi.hahaha.buka rosak meletopz.rupanya elok daaaa.Liaya g tekan power sekali boleh.ape lagi.FLY FM mari..bagus betul.luar nampak buruk.pasang2 elok lagi.so secara rasminya jadi la radio BSMM hahaha...tak sia2 geledah almari yang berhabuk.

Sampai jer pukul 12.00 habis! tutup kedai.kejut Mynn kita gerak balik kelas..
memang best la lepak dua masa tu.

PS/malam tadi mimpi kwad BSMM hancur gilak!!! scary ouh.hahahaha.Shahizwan.Shahizwan..dah teruk sangat kau nie.

PSS/jangan la terasa.suka-suka jer.hahaha.

PSSS/kesian kat KRS Bomba POlis.dioarang paling ramai budak petang yang masuk kawad.BSMM kira UNTUNG besar tau tak sebab takde budak petang langsung...ngeeee.

Thursday, April 9, 2009

Haris ouh Haris...BSMM ouh BSMM...April ouh April.

Haris ouh haris
haa.pagi tadi ada saringan.so tak ramai la yang turun sangat.
tehn Agama plak takde.dari melepak kat bilik Agama buat dosa kering.sebabkan iwan tak sedap hati tau.muka pucat gilak.cuak pasal something.Johan pun cakap pucat.so iwan jalan2 laa.then kat kantin tambahan ternampak la satu KIT ST JOHN tau.terus teringat..HAA!!!! duty.YES! duty.first aider.HAHAHA.nak hilangkan pucat punya pasal.duty laa.dapat la 2-3 pesakit.sbb St John punya first aider ala2 reject punya.iwan mintak anduh dia boleh tanya ape benda??Kadet pulak tue.isk3.xper laa.okay.bla bla bla.lepak la kat kantin.masuk part Haris.kitaorang tengah sembang2 pasal unit uniform tau.tiba2 Haris pergi mengarut masuk bahagian khemah laa.kinabalu laa.hiasan khemah laa.adoyyy.Liyana dgn Johan pun blur gaak.patot la BM selalu fail.terpesong bagai topik nyer.haih Haris.ngowk btol!

BSMM ouh BSMM
whoa!!! petang tadi rushing gilak ke hulu ke hilir.daru rumah asyik lupa barang jer.dah kunci rumah kan.tertinggal air 100+ kat dalam.dah kunci balik.lupa nak angkat kain.dah kunci lagi lupa nak amik topi keledera.dah kunci check balik semua.kertas formasi pulak tertinggal.adoyy...alik2 baru beres semua.sampai skola hantr air kt PS then gerak koir kat dewan.ponteng jap g tengok kat padang BSMM kawad.then 3.15 dah turun.BAPAK PANAS doee.takpe.neraka lagi panas.pastu marching la marching marching.formation.bab formation tak serius langsung! formasi memang la lawak.tapi kalau pandai buat nampak cantik.nak gelak pun agak2 laa.penat2 aku fikir utk the best kat korang.gelak plak.okay ape.ntah2 yang korang gelak sakan tu la yang buat menang 1st place tau tak?grrr.Isnin ada raptai.harap2 ada la semua orang.even ada yg g bola baling.tak cukup orang..waaaa.camne nie.isk3.

April ouh April
bulan april bulan tak belajar laa.bulan sukan.hahaha.penat sangat kot.memang pack gila la jadual semua.nak tido lambat pun dah tak boleh.semua penat.perghhh.bulan 5 exam mid plak.hahahaha.hancus laaa.

Monday, April 6, 2009

Baek

ngeee
asyik post yang nak marah orang jer.
kali nie alim sikit.
hari jumaat lepas iwan sudah pun selamat khatam al-Quran sebanyak 3 kali KOT.
2kali dengan bimbingan sekali baca sendiri.fulamakk..
baru tadi je dah start baca balik.hahaha.
AMIN!!!
dalam sibuk2 belajar.iwan tak lupa gak beribadah.
dalam sibuk2 buat dosa.iwan tak tinggal solat.takat nie nak cukupkan 5 waktu masih boleh.harap2 dapat teruskan.AMIN!!!
ngee.
anda plak??
kalau dok rajin bangun buat solat hajat solat sunat bagai.
yang 5 pun buat pejam celik jer tak guna jugak.
yang wajib tu datang dulu.
hehehe.
iwan nie takde la nak berlagak ke ape.
bukan la pandai2 nak nasihat orang sangat.
takat memberitahu ape yang ada.
sebarkan ilmu.dapat pahala gakz.hahaha.

k laah.
ciow~

Talam BERMUKA-MUKA!

bukan talam dua muka lagi dah banyak muka pun!

SUMPAH! aku benci betul dua orang AJK nie!
serius..darah aku menggelegak betul kalau aku tengok muka nie.
macam nak pijak2 jer ko tau tak!!!!

kat tempat lain bukan main baek dengan aku gelak2 bagai.
kalau time perjumpaan..
fulamakkk!!!! dia dengan kawan dia and the geng lah yang ANTI-SHAHIZWAN NO1!
geng dia okay lagi.
paling meluat dengan 2 orang tu je laaa!
ada je bahan nak attack aku!
ada je la salah aku!
ada je yg tak kena ape aku nak buat!
macam kau HEBAT sangat laa!
kau try jadi pengerusi tengok!
aku pun tak heran la kalau takat nak lepas satu jawatan pengerusi.
belambak lagi jawatan aku ada..wakil sekolah lagi.
bekepok-kepok sijil akak kerani tu nak taip nama aku kau tau tak!
geram aku! mula la aku nak berlagak.
eyyyy! marah betol!
benda kecik pun nak jadi isu!
aku sepak sorang2 gak kang!
serius aku dah malas doe...


PS/sorry aku lepas geram kat sini.hehehe.maap2.tp lantak la.blog aku kan???okay fine.
PSS/AJK tu korang pandai2 la pk erk.aku nie bnyk jawatan dlm sekolah.teka la.antara ERT.BSMM.Pusat Sumber..sapa betol aku belanja eskrem kat skolah.hahaha.kalau siap bagi NAMA AJK iwan UP sikit belanja makan.hahaha.teka.teka..

Saturday, April 4, 2009

Hari yang...ffheww...

dush3.
adoyyy.penat giler hari nie.
training kawad dari pukul 7-12..
walamaaakkk.nasib baik ada rehat.kalau tanpa henti camne??
hahaha,memang maut laa.aduyt.ermmm.AGAK best la adi walaupun marching sahaja.
macam RAMAI pulak dari last week.30++ last week 20++ jer.bagus2.dah rajin tengok notice board.So selasa nie ada lagi latihan.bukan raptai.latihan biasa jer.baek pulak pengetua kita bagi kita training time sekolah.So yang petang kena lah datang pagi.
best.

yang tak best nyer.kenapa ada AJK2 yang kurang ajar huh??
seriusly??aku tengok muka dia macam nak kena penyepakk jer.aku cakap ada jer dia nak jawab.diam jer lah..aku tau la keja kau nak cari salah aku jer.ko jadi pengerusi la satu hari baru kau rasa.kau nak?? seriously memang menyirap darah aku nie.GRRRR!!!!

dah tu je laa.hahaha.balik2 rumah jer terus on9.BAGUS.mesti korang igt aku tak belajar kan??? belajar la weii.tapi malam.petang2 panas2 macam nie tak boleh masuk lahh.hehehehe.

k ciow

Wednesday, April 1, 2009

Quit

HAHAHA.
yasmine tak percaya iwan rumah LEDANG.
adoyyy.
someone tolong terangkan kat yasmine.
Naz.ko tolong sket jelaskan.
hahaha

okay2.
dah quit pengerusi BSMM.
tak offical la.
but guna cara Yet teng yang SEMUA orang tak suka.
tukar2 post.
this week orang nie pengerusi.
next week orang nie pulak.
sports day orang nie yang incharge.
PENGERUSI asal lepak jer lahh.
letak jawatan sendiri kat bawah2.
cam K.Skuad 1 ker.
Latihan ker.
hehehee.lepak jer.biar korang pulak susah payah.
aku kalau dah meyirap aku biar jer.
peduli ape aku.
aku belajar tak datang gerko pun bagus.tak rugi ape2 beb!
TAK RUGI! sekian.
and korang bukan suka sangat pun aku jadi Pengerusi kan??
aku suruh ini TAK NAK buat.
suruh baca ikrar semua geleng kepala.
suruh ajar marching macam2 bagi alasan.
suruh tolong.takde sapa pun nak tolong.
aku buat mesyurat kat kantin macam parti pulak.
aku membebel sorang2 takde sapa nak dengar!
sorang makan.sorang buat h/w.sorang sembang.
akhir sekali.aku marah lahh.buang air liur aku.akhir sekali.
DISMISSED!
padan muka.sabtu nie lantak korang lah nak buat ape.
aku datang jew.
tu la.lain kali seronok2 pun seronok jugak.
aku baik2 jangan la nak pijak kepala aku!!!
kan aku dah marah!
kalau aku marah.aku tak pijak kepala korang balik.aku gilis jer senang!!
puas hati aku! So adios amigos~
Good Luck yea Pengerusi sabtu nie.
hehehe.
next gerko sapa nak jadi pengerusi free??
cepat2 isi borang.
Hilman nak??Ashmeer?Sue yi??haaa.Habib nak??
try laa.baru la korang rasa bila orang bawahan tak nak kerjasama and buat kerja.
BYEE